ABANG GRAFIK

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana mengunjungi halaman blog kami Kedai Abang Grafik ( AG ). Marilah sama-sama kita mensyukuri nikmat-nikmat yang ada pada kita antaranya sihat tubuh badan dan hidup di samping orang-orang yang tersayang.

Kedai AG dimiliki oleh syarikat yang berdaftar di bawah nama Berkat Cahaya AM Resources ( No KT........ ) pada alamat PT 918 Tingkat Bawah Desa DarulNaim Pasir Tumboh 16150 Kota Bharu Kelantan. Nama Kedai AG nama umum sekadar menjadi nama bagi sebuah kedai. Mudah kata nama itu adalah gelaran manja kepada kedai semata mata. ;-)


LOGO KEDAI

Kedai AG merupakan sebuah kedai yang mempunyai 2 cawangan yang banyak beroperasi di Negeri Kelantan juga menyeluruh ke semenanjung Malaysia iaitu secara atas talian " Online ". Kedai AG cawangan satu di PT 918 Tingkat Bawah Desa DarulNaim Pasir Tumboh 16150 Kota Bharu Kelantan dan cawangan dua di lokasi Kediaman Pelajar-pelajar Universiti Malaysia Kelantan Asrama Cengal Jelawat Bachok Kelantan.

Pengambilan nama Abang Grafik sempena dengan status pemilik kedai yang berasal dari bidang Multimedia di Universiti Malaysia Kelantan ( UMK ) ketika dahulu iaitu pada tahun 2010. Di bidang ini beliau banyak menyiapkan projek-projek grafik seperti laman sesawang, video, poster, banner, kad perniagaan, dan lain-lain lagi.   ( Gambar Piala pernah memenangi Pertandingan Blog Kreatif Peringkat Negeri Kelantan )

Selepas tamat pembelajaran pada tahun 2014 beliau berkomitmen bekerja di syarikat percetakan sebagai Pereka Grafik.Sepanjang perjalanan selama 2 tahun itu beliau banyak mengenali proses dan mesin-mesin yang berkaitan sehingga selesai proses menyiapkannya. Pembukaan Kedai AG merupakan satu pencapaian pengalaman beliau yang dilalui sebelum ini.

Kedai AG boleh menyiapkan pelbagai jenis tempahan iaitu paling digemari pelanggan adalah percetakan baju dan banner program. Selain itu kami juga boleh menyiapkan tempahan lain seperti " Hardcover ", "rubber stamp" , "button badge", kad perniagaan, kad kahwin dan sebagainya.

Kedai AG sentiasa memberi komitmen tinggi dalam menyiapkan tempahan daripada pelanggan yang dihormati. Ini kerana kedai AG mengutamakan 3 prinsip  iaitu kemas, teratur dan memuaskan hati.

Insya Allah.. Terima Kasih